Monday 20 January 2014



         JURNAL
           SENI LAKON AWALAN  (ATP 3013)



NAMA : MAISARAH BINTI MARDZUKI
NO . MATRIK : D20131062798
NAMA PENSYARAH : EN. NOR SHURADI BIN HJ NOR HASHIM
                                         PUAN HANEEM BINTI SAID





TARIKH : 15 NOVEMBER 2013
MASA : 8.00 P.M – 10.00 P.M
HARI : JUMAAT
TEMPAT : BILIK SENI LAKON

1.     PERISTIWA
-        Perjumpaan bersama en.eddy di bilik seni lakon untuk membincangkan tentang jalan cerita yang diperolehi. En.Eddy meminta kami untuk menjelaskan apakah yang di fahamkan oleh kami mengenai cerita tersebut. En. Eddy juga meminta kami untuk menjelaskan tentang watak dan perwatakan yang terdapat dalam cerita tersebut. Selepas itu, en . eddy meminta kami baca petikan tersebut sehingga habis tanpa dengan adanya nada


2.     MASALAH
-        Kemudian en.eddy menjelaskan bahawa masalah yang di hadapi oleh kami ialah apabila
membaca tanpa ada nada ia tidak akan dapat menghadirkan perasaan yang sama dalam cerita tersebut. Jadi kita seharusnya menghsilkan nada mengikut jalan cerita tersebut.

3.     CARA MENGATASI
-        En. Eddy mengsyorkan kami agar balik study semula watak dan jalan cerita tersebut. Selain itu, beliau ad member tip dengan melihat teknik – teknik stanilavski atau brecht. Dia juga ada mengsyorkan kami agar melihat sendiri cerita sebenar di dalam internet tentang cerita yang kami dapat. Sebagai contoh cerita yang berkaitan dengan cerita kami iaitu NUR. Di mana ianya mengisahkan tentang kisah benar tentang seorang anak gadis yang di besarkan dalam keluarga yang penuh didikan agama akhirnya murtad selepas sambung belajar ke luar Negara. En. Eddy ada menyebut tentang kisah ‘ LINA JOY ’ .

4.     KESIMPULAN
-        Saya bersama teman saya memilih untuk balik mengkaji tentang watak tersebut dan melayari internet dengan mencari kisah mengenai cerita yang kami kaji. Saya dapati cerita tersebut dan kami hayati cerita tersebut. Kami juga menggunakan sedikit teknik stanilavski di mana kami menggunakan tekdi danik mengenai vokal dan cara lakonannya.
TARIKH : 28 NOVEMBER 2013
MASA : 8.00 P.M – 10.30 P.M
HARI : KHAMIS
TEMPAT : BILIK SENI TARI

1.     PERISTIWA
-        Di mana En. Eddy meminta kami lontarkan dialog dengan emosi mengikut dialog yang di ucapkan. Namun sebelum kami melontarkan dialog tersebut En. Eddy ada menanyakan pada kami mengenai kisah dan perwatakan dalam dialog tersebut. Setelah itu dia meminta kami untuk melakonkan watak tersebut tanpa menggunakan prop. Di mana watak nur terlebih dahulu dimainkan sebelum watak ibu di mainkan. En. Eddy meminta kami agar lontarkan dialog tanpa melihat skrip. Beliau ada memberitahu supaya lontarkan dialog jangan terlampau mengikut skrip tapi lontarkan dialog mengikut apa yang kami faham. Jangan terlalu terikat dengan sajak dan lontarkan secara percakapan harian kita. En. Eddy ada masukkan sedikit prop dalam lakonan kami. En. Eddy menggunakan prop kerusi dan box untuk kami. Bagi box untuk ibu dan kerusi untuk watak nur. Kami di ajarkan bagaimana menggunakan prop tersebut mengikut dialog kami.

2.     MASALAH
-        Masalah kami yang timbul semasa perjumpaan kami itu adalah tidak ingat skrip dan lontarkan dialog terlalu terikat dengan skrip. Selain itu, En. Eddy memberitahu bahawa watak ibu terlalu mengikut skrip dan tiada nada. Maksudnya tiada nada sedih, marah, kesal dan sebagainya. En. Eddy juga ada membetulkan lontaran bagi watak nur. Setelah itu juga En. Eddy beritahu bahawa balik hafal skrip bersama ingat kembali prop yang di gunakan mengikut watak tersebut. Jangan hanya menghafal tapi salah seorang dari kami harus tegur antara satu sama lain. Maksudnya, salah seorang memegang skrip dan seorang lagi lontarkan dialog. Sekiranya tidak ingat ia seharusnya memetik jari dan sambung kembali.

3.     CARA MENGATASI
-        Setelah pulang dari perjumpaan tersebut, kami cuba untuk mengatasi masalah kurang mengingati skrip dengan mengikut cara yang di syorkan oleh En. Eddy kepada kami. Selain itu, kami memperbaiki cara lontaran kami tanpa mengikut skrip atau terikat dengan skrip. Kami cuba sedaya upaya untuk menunjukkan perubahan pada En. Eddy tentang kumpulan kami. Kami juga menggunakan teknik – teknik yang kami ada dan melihat cerita – cerita yang berkaitan untuk menjiwai watak.


4.     KESIMPULAN
-        Kami bersepakat untuk menggunakan tip – tip yang di berikan dan sentiasa membuat latihan cara lontarkan dialog dengan betul. Kami juga telah menggunakan teknik – teknik stanilavski. Teknik cara lontaran dan menguasai watak kami juga ada mangikut cara stanilavski. Kami juga mencadangkan bahawa teknik tesebut seharusnya di gunakan dalam lakonan agar ianya menjadi mantap.

















TARIKH : 1 DISEMBER 2013
MASA : 10.00 A.M – 2.00 A.M
HARI : AHAD
TEMPAT : BILIK SENI LAKON


1.     PERISTIWA
-        Perjumpaan kami bersama En. Eddy mengenai lakonan kami dengan menggunakan prop sepenuhnya sehingga habis dialog. Beliau memberitahu cara menggunakan prop sehingga habis dialog. En. Eddy juga ada membetulkan sedikit salah kami mengenai lontaran suara dan penggunaan prop yang di tambah dengan penggunaan tasbih bagi ibu dan buku bagi watak nur. Kami cuba sedaya upaya kami sehingga En. Eddy berpuas hati dengan kami. Dia selalu member contoh – contoh kepada kami agar kami dapat ilham dan ikut caranya. Selepas dia memberi penerangan kami cuba latihan tersebut di hadapan dia sehingga habis dialog kami. Kemudiaan membetulkan sedikit tempat – tempat yang di rasakan tidak betul.

2.     MASALAH
-        Kami hanya bermasalah apabila masukkan prop ketika mengingati watak. Di mana apabila kami bermain dengan blocking kami susah untuk  mengingati dialog. Antara kami akan rasa keliru. Selepas itu kami juga masih bermasalah dalam menghayati watak dan nada mengikut dialog. En. Eddy memberitahu bahawa rasa tidak sampai pada dia. Masih tidak sampai apa yang hendak di sampaikan oleh kami. Dia masih suruh kami sampaikan dialog tersebut sehingga dapat rasa dan dapat di hayati dengan betul. Setelah itu dia menyuruh kami berlatih sehingga dapat dan boleh di hayati dengan betul dan tepat.

     
3.     CARA MENGATASI
-        Kami balik dengan membuat latihan dengan mengikut apa yang di ajarkan oleh En. Eddy  dan mengingatkan kembali tempat yang ditegur dan mengikut tips – tips yang di syorkan kepada kami. Kami mengambil keputusan untuk membuat latihan sekiranya untuk memudahkan ingat kembali dialog dan pergerakan mengikut dialog yang di lontarkan agar ia menjadi kemas dan tersusun apabila penonton tengok. Seperti kami tidak boleh terlalu menghalang penglihatan penonton dengan membelakangi mereka. Kita seharusnya peka dalam penyampaian kita ketika berada di pentas. Suara atau artikulasi seharusnya jelas dan tepat. Suara tidak terlalu perlahan dan menjerit. Manakala artikulasi biar jelas seperti tidak menekan perkataan terakhir. Kami mengikut apa yang diajarkan kepada kami.


4.     KESIMPULAN
-        Kami membuat satu latihan dengan mengikut apa yang diperkatakan oleh En. Eddy kepada kami. Kami cuba lontarkan suara kami dengan menyebut satu perkataan dalam dialog tersebut semasa membuat latihan sendiri di rumah. Akhirnya kami dapat satu lontaran suara yang baik dan artikulasi juga baik dan menarik.

















TARIKH : 2 DISEMBER 2013
MASA : 10.00 A.M – 12.00 A.M
HARI : ISNIN
TEMPAT : BILIK K.M 4


       En. Eddy membincangkan tentang tarikh – tarikh untuk persembahan kami dan tugasan – tugasan yang perlu di buat oleh kami. Pada hari ini semua orang tahu tarikh persembahan untuk mereka. Manakala tugasan pula di berikan kepada setiap orang. En. Eddy telah melantik siapa pengarah dan sebagainya. En. Eddy juga ada menerangkan tentang peggunaan pentas bagi setiap persembahan. En. Eddy ada memberitahu bahawa satu pentas tiga persembahan boleh dilakukan dan selepas itu prop akan ditukar kepada persembahan yang keempat dan seterusnya. Selepas itu dia telah memberitahu supaya kami sentiasa melakukan latihan supaya tenaga, emosi, suara, artikulasi dan sebagainya tidak hilang sehingga hari persembahan yang sebenar.














TARIKH : 19 DISEMBER 2013
MASA : 10.00 AM – 11.00 A.M
HARI : KHAMIS
TEMPAT : PANGGUNG BUDAYA


1.     PERISTIWA
-        Di mana kami telah membuat satu raptai penuh sebelum bermulanya persembahan kami pada hari tersebut. Kami mendapat tempat kelima setelah undian di buat. Kami membuat raptai dengan bersungguh – sungguh sehingga dua kali membuatnya bagi membetul kesalahan kami sebelum persembahan sebenar bermula.


2.     MASALAH
-        Kami di tegur oleh En. Eddy dan Puan Anim kerana masalah gugup dan masalah mengingati skrip. Di mana kami tidak dapat fokus ketika persembahan tersebut. Kami di tegur dan baiki oleh puan anim tentang watak dan pergerakan kami. Sehinggalah kami dapat sebut dengan jelas dan dapat mengatasi masalah gugup dan masalah menghafal skrip ketika berada di pentas.


3.     CARA MENGATASI
-        Kami ke belakang pentas dan kami berlatih sehingga dapat kami kuasai dengan baik untuk persembahan malam tersebut. Kami mencuba dengan pelbagai cara. Contohnya, kami banyak mendengar lagu – lagu sedih bagi menghayati watak. Sehinggalah kami dapat sebut dengan jelas dan tadak gugup di pentas.


4.     KESIMPULAN
-        Kami dapat kuasai dengan baik dan kami tidak ada sedikit pun kesalahan di lakukan ketika dipentas. Kesalahan tidak mengingati skrip pun kami dapat atas. Paling ketara masalah penyebutan juga tiada. Artikulasi dan sebutan kami sangat jelas dan persembahan kami dapat di hayati oleh penonton. Kami sangat berpuas hati dengan persembahan kami setelah mengikuti apa yang di ajarkan olen En. Eddy kepada kami.























TARIKH : 20 DISEMBER 2013
MASA : 11.00 A.M – 12.30 A.M
HARI : JUMAAT
TEMPAT : BILIK SENI LAKON


          Pada hari tersebut dan waktu tersebut kami diadakan satu posmoturm bersama En. Mazlan dan En. Eddy mengenai persembahan kami. Apa yang di sentuh oleh En. Mazlan ialah mengenai artikulasi dan vokal. En. Mazlan bagi tahu bahawa kami tiada masalah tersebut dan beliau meminta kami supaya kekalkan kelebihan yang kami ada. En. Mazlan juga menyentuh tentang lakonan, bagi kami juga tiada masalah mengenai lakonan kami. Beliau sangat berpuas hati dengan lakonan yang di persembahkan oleh kami. Selepas itu beliau meminta kami duduk dalam keadaan postur badan yang betul supaya lontaran vokal dapat di lontar dengan betul dan menarik. Beliau juga meminta kita agar sentiasa amalkan kedudukan tersebut supaya dapat di biasakan.

No comments:

Post a Comment